Melakar ruangan ini dengan pautan ilmu

Jom Sama2 Amalkan :)


Salam 'alayk buat pembaca blog ku ini..

tidak terlambat rasanya utk mengucapkan salam Muharram 1431H kepada semua.. Alhamdulillah diatas kurniaan usia yang Allah panjangkan dalam menempuh tahun baru Islam ini..dalam entri kali ini sy nak berkongsi dan bercerita sikit, bolehkan?

dulu masa di SMAKJ, sebelum tidur kami baca surah al-mulk ramai2, masa kat Nilam Puri pun macam tu jugak..bila da kat KL buat sendiri....sampaila sekarang..kat umah cuti sekolah nie baca ngn adik2 dan semak bacaan adik2...masa dulu xberapa tahu sgt kelebihan surah al-Mulk nie..tapi sekarang melalui pembacaan, dapatlah sikit2 yang boleh dikongsi bersama...

kelebihan surah nie sebenarnya sangat besar berbanding surah2 lain..hadith yang sy nk kongsi disini (takhrij hadith : disahihkan oleh al-albani. Sahih ibnu Majah [2/316, no:3053]) Maksudnya : sesungguhnya terdapat di dalam al-Quran sebuah surah tekandung di dalamnya 30 ayat. Ia memberi syafaat kepada pembacanya sehinggalah diampunkan dosanya. ia adalah surah tabarokal ladzi biyadihil mulk iaitu surah al-Mulk."

Ada lagi hadith2 yang menceritakan fadhilat atau kelebihan surah ini yg boleh sy kongsikan bersama, 'Abdullah bin Abbas r.a pernah berkata kepada seorang lelaki " Adakah kamu ingin jika aku hadiahkan sebuah hadis yang menggembirakan kamu?" JAwab pemuda tersebut, "Semestinya!" maka Ibnu Abbas berkata"Bacalah tabarokal ladhi biyadihil mulk, dan ajarkanlah ia kepada isterimu, sekalian anak-anakmu, kanak-kanak dirumahmu dan jiran tetanggamu. Sesungguhnya ia adalah PENYELAMAT DAN PEMBELA BAGI KAMU. Ia membela atau mempertahankan pembacanya pada hari kiamat ketika bertemu denan Tuhannya. Surah ini akan memohon daripada Tuhan agar menyelamatkannya daripada azab neraka dan seksa kubur. Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Aku amat berharap agar ia (Surah al-Mulk) berada di dalam hati setiap insan dari kalangan umatku"

ada lagi kisah dan cerita melalui pembacaan saya ini yang boleh sahabat2 amalakn dan kongsikan bersama yang lain. (terima kasih).. :)

DAripda Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya : "Apabila seseorang (yang membaca dan mengamalkan surah al-Mulk) berada di dalam kuburnya, azab seksaan akan datang kepadanya. Azab ini akan menghampiri kakinya lalu kakinya berkata kepda azab : "Engkau tidak akan dapat masuk melalui ku kerana lelaki ini membaca surah al-Mulk." Kemudian azab ini akan menghampiri dadanya (atau perutnya menurut riwayat lain), lalu dadanya berkata : "Engkau tidak akan dapat masuk melalui ku kerana lelaki ini membaca surah al-Mulk." Kemudian azab itu datang menghampiri kepalanya, lalu kepalanya berkata: "Engkau tidak akan dapat masuk melalui ku kerana lelaki ini membaca surah al-Mulk. Surah al-Mulk adalah penghalang yang menghalang azab kubur. Ia juga terdapat di dalam kitab Taurat. Sesiapa yang membacanya pada suatu malam, maka dia telah melakukan kebaikan yang banyak." ---> Takhrij hadith (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-mustadrak : [2/540, no : 3839, disunting oleh : Mustafa 'Abdul al-Qadir 'Ata, dar al-kutub al-ilmiyyyah, beirut, edisi 1 1411H/1990M], katanya, sanadnya sahih dan dipersetujui oleh al-Dhahabi dan disahihkan oleh al-Albani dalam sahih al-targhib, [2/19 riyadh : maktabat al-ma'arif edisi ke-5)

besarkan kelebihannya? tapi ini hanya sedikit shj yg dapat sy kongsikan. terutama buat para guru, galakkan anak didik kita baca surah ini..lebih baik kalau mereka dapat hafazkan..insyaAllah..semoga kita diberi kekuatan utk mengamalkannya dan menyampaikan secebis ilmu yang kita ada..ameenn...jika saya ada kelapangan sy akan kongsi lagi dalam entri yg akan dtg..insyaAllah :)










Read More......

Facebook | Norfadhilah Khalid

Facebook Norfadhilah Khalid: "Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kita juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!"

Read More......

Pergi tak kembali..

Tepat jam 3.24 am 26 November 2009, aku menerima perkhabaran sepupu aku telah meninggal dunia. Rasa seram sejuk, terkejut, sedih. Bercampur baur. YaAllah.. sedihnya aku.. Namun sbg hamba Allah, aku perlu menerima qada' dan qadar-Nya. Semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan para solihin. Ameen..



"WAHAI Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah sepenuh hati kepada-Mu). (A'raf: 89)"

Read More......

Sepupu Sakit..

Emm..aku baru sahaja menerima perkhabaran sepupuku yang sakit ketumbuhan atas buah pinggangnya. Ya Allah, kini sakit apa2pun memang tidak mengenal usia.. kecil, besar, tua dan muda..sesiapa sahaja boleh menghidapnya.. bukan macam zaman dahulu..aku pun mungkin tidak terkecuali..namun aku berdoa supaya dijauhkan..huhuhuhu..

sahabat sy yang belajar ilmu perawatan di Darussyifa' memang menggalakkan saya dan sahabat2 yang lain mengamalkan bacaan AL-FATIHAH dan selawat SYIFA' dengan tujuan utk merawat pelbagai jenis penyakit..semoga kita sama2 dapat mengamalkannya..insyaAllah..

Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


Read More......

YaAllah..

YaAllah.. YaAllah.. YaAllah.. Hanya lafaz itu yg mampu ku ungkapkan..


aku baru je lps bc blog arwah kak Zalikah Mat Zan.. emm, bagaimana keadaan beliau disana?
tp aku yakin dia akan ditempatkan diklgan insan pilihan Allah, insan2 soleh dan RAsulullah SAW..ameen...

semua insan akan melalui situasi yang sama cuma tidak tahu bila dan dimana srta bgaimana keadaannya.. sesungguhnya janji Allah itu pasti..Setiap yang bernyawa pasti akan mati.. Tatkala mengenangkan pemergian kak Zalikah Mat Zan dan rakan2 lain yg telah pergi ke alam sana, aku terfikir bagaimana pula pengakhiran hidup aku. YaAllah, Kau matikan lah kami dlm Iman dan Taqwa. Matikanlah kami dlm husnulkhatimah. Kau tambah dan kuatkanlah Iman kami. Tempatkan lah kami diklagn para nabi n hamba2Mu yg soleh. Amin ya rabbal 'alamin.

pg td aku dgr ceramah ust zahazan, antaranya ialah beliau mengatakan kubur itu adalah 'checkpoint' pertama apabila melangkah ke alam sana. klu checkpoint pertama tersebut lepas, maka lncarlah checkpoint yg seterusnya..klu sebaliknya, maka terganggulah perjalanan checkpoint yg seterusnya (nauzubilllah min zalik)..

antara buku yang boleh saya kongsikan utk membacanya ialah ar-Roh..karya Ibnu Qayyim al-Jauziyah..kitab tersebut sangat memberi kesan dlm diri ku..bagaimana keadaan insan yang telah pergi ke alam sana..amalan baik..amalan buruk semua ada dibahaskan oleh Ibnu Qayyim..besar sungguh jasa beliau..bgaimana kandungan kitab ini mungkin dapat dikongsi bersama pd entri akan dtg..insyaAllah..


Read More......

Lagi Tentang Poco-Poco.....


Setelah saya kongsikan artikel atau maklumat tentang Poco-Poco dalam entri yang lepas, saya menerima beberapa komen, pandangan dan kritikan mengenainya.

Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya sebenarnya tidak pasti sejauh mana benarnya artikel tentang tarian poco-poco tersebut. Saya kongsikan artikel tersebut sekadar berkongsi info dan maklumat yang saya ada sahaja. Saya hanya risau, kalau-kalau dek kerana keasyikan kita meniru tarian yang kita tidak tahu asal usul nya itu, kita tersesat menyalahi syariat agama kita. Itu yang saya risaukan. Sebab itulah saya kongsikan maklumat yang saya dapat.

Jika inginkan kepastian, tolong jangan tanya saya sebab saya pun tak pasti. Kalau nak tahu juga, anda kena la buat kajian dan selidik sendiri. Cubalah bertanya kepada ustaz ker atau mereka yang lebih arif mengenainya.



Walaubagaimanapun, dalam post kali ini, saya kongsikan sedikit info yang saya terima dari salah seorang pembaca setia blog pakar yang dikenali sebagai “Pang5 Silat” mengenai tarian poco-poco yang penuh kontroversi ini. Beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk forward artikel tentang tarian poco-poco kepada kawannya.

Dan berikut ini adalah penjelasan yang diterima oleh beliau daripada kawannya.


Salam..

Saya mendapat emel berkenaan tarian poco-poco daripa saudara/i. terima kasih. emel tersebut telah saya panjangkan kepada my senior officer yang aktif terlibat dalam tarian ini. dan setakat yang saya kenal senior tersebut seorang yang alim (dari segi sivik dan pandangan mata umum).

sy juga belum mempunyai masa yang ok utk exploere ttg benda ni. di sini sy frwd kan jawapan daripda my senior officer.

tq. salam..

—————————————————————-
Penjelasan dan Komen daripada seorang jurulatih tarian Poco-Poco
—————————————————————-

Sesuatu yang menarik untuk diperhalusi, secara jujur sebagai Jurulatih Poco-poco(kini saya turut mengadakan latihan di hotel2 atau kumpulan dengan bayaran berpatutan) berpandangan berbeza.

Sesuatu aktiviti yang boleh membantu mempercepatkan kardovaskular serta senaman ringan wajar dikaji semula. Poco-poco yang didakwa berasal dari Filipina juga perlu dikaji kerana ’street dancer’ merupakan nama lain pada poco-poco dan street dancer memang berasal dari Barat yang bentuknya hampir sama dengan poco-poco.

Huraian perlulah tepat kerana pergerakan poco-poco bukan hanya berteraskan seperti salib kerana banyak lagi bentuk sama ada individu atau berpasangan yang tidak disentuh. Tiada mentera atau bacaan tertentu dalam poco-poco berbanding yoga.

Kemungkinan kita boleh kreatif dengan mempelbagaikan gerakan poco-poco dari menafikan ia adalah aktiviti aerobik yang berkesan yang diperkenalkan oleh ATM.

Memang wajar kita sendiri mencipta aktiviti yang lebih berfaedah dari memandang sudut yang negatif seperti tarian lain yang kontemporari ataupun moden. sekarang nie tengah menghalusi shuffle plak..

wallahua`lam.

Sekarang, anda fikir dan nilaikanlah sendiri. Saya tidak berani untuk mengatakan tarian ini diperbolehkan untuk diamalkan, namun saya juga tidak berhak mengatakan tarian ini haram dan tidak boleh diamalkan. Yang pasti, adalah lebih baik bagi kita untuk tinggalkan perkara yang syubhah atau perkara yang kita tidak pasti.

Sekian.



Read More......

RAHSIA TARIAN POCO-POCO


2 hari yang lepas saya menerima SMS dari adik sy yang berada Universiti Teknologi Petronas yang mengatakan tarian poco-poco berasala dari ritual agama kristian. Beliau turut meminta sy untuk mencari sejarah sebenar tarian poco-poco dan mencari artikel2 dan kajian mengenainya. sehubungan dengan itu, saya meminta rakan2 dan sahabat berfikir dan mencari maklumat mengenainya dan berkongsi bersama. Ini kerana saya yang juga Ustazah SAMTEN melihat pelajar2 saya gembira dengan senaman ini. Sy menjadi ragu2 dan perlu untuk mencari maklumat tentang ini, kerana saya akui saya juga sedikit gemar dengan tarian ini.

berikut adalah artikel yang sy dapat kan di internet. Sekadar berkongsi pandangan.

--> Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.


Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Ini adalah artikel atau info tersebut----
-->>Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
italics

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
italics

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

--> Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Read More......