Melakar ruangan ini dengan pautan ilmu

SMAKJ menggamit memori indah~~

blok pentadbiran.. sekarang da berubah wajah..

bersama Ieba & kak Faten

Minggu lepas berjanji nak jumpa dgn Ieba, tapi tanpa disangka-sangka terserempak dengan kak Faten. YaAllah, seronoknya! Rasa rindu nak jumpa-jumpa kwn2 mcm dulu. Rasa rindu yang teramat sangat dengan sekolah yg disayangi. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Jika dikenang kembali, ingin rasanya kembali ke sekolah seperti dahulu. Namun, mungkin boleh kembali sebagai guru (manela tau kan?). Bila berjumpa kawan2 lama, berkongsi cerita dan pengalaman. Memang menyeronokkan. Perubahan-perubahan dapat dilihat sangat berbeza semasa di sekolah dahulu. Pemikiran semakin matang, tutur bicara semakin tersusun, wajah semakin jelita dan macam2 lagilah. Kenangan sewaktu di SMAKJ sangat menyeronokkan. Walaupun sedikit nakal, tetapi itulah yang memberi pengalaman bermakna di dalam hidup ku.

ieba yg semakin cute
Kadet bomba, ahli lembaga koperasi dan mcm2 lg itula antara kenangan yang akan ku kenang sampai bila2. Guru yang baik hati, tidak jemu mengajar dan hubungan yang baik dengan pelajar sememangnya merupakan murabbi yang terulung. Walaupun SMAKJ kini sudah berubah warna (cat) tetapi setiap inci perjalanan di sekolah itu mempunyai memori tersendiri yang sangat bermakna..

jelitanya diaa...

Read More......

LAKSA JOHOR

Bahan A:600gm ikan tenggiri
            2Ltr air rebusan ikan
            1 sudu cili kisar
            2btg bunga kantan
            2tgki daun kesum
            2kpg asam
            4ulas bwg merah dikisar
            sedikit halia dikisar
            2biji santan


Bahan B:1biji timun
             1biji bwg besar
             beberapa kcg panjang
             (Bahan B semua dihiris)

Bahan C:kalau nak sedap buat smbal belacan.

Cara masak:Tumis lada lepas itu msukkan bahan A..
                 Laksa pula mesti direbus sampai kembang..
                 Cuba try...

Read More......

Allah Ma'ana.....


Ya Allah,
Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah...


Ku amat yakin segalanya terkandung hikmah yang tidak terhitung....
Ampunkan aku yaAllah..
Sesungguhnya aku amat mendamba kasih dan sayang-MU....
Kau tetap bersama hamba-Mu...
Allah Ma'ana...

Read More......

iPhone YANG BESTT!!!

iPhone 3G warna hitam... Pompuan cantik klu pki putih.. Limited edition..

warna putih da jadi Pink..hehe..pakai casing dia..

Erm, di kala membeli iPhone utk dihadiahkan ini lah aku merasa pilu sepilu-pilunya sepanjang berada di DPLI nie.. Kenapa ek? hehe...aku akan tetap tersenyum :) Allah Ma'ana... (^_^)

alamak! cmne leh terbalik nie..

i love this iPhone

Read More......

Sukaneka...

pagi tadi sukaneka bersama akhawat DPLI..hehe...sempena hari Guru ke? Xlah. Isi masa lapang nak eratkan ukhuwah....

Read More......

Perjuangan Terhadap Deen (P.T.D)

Bersarapan sebelum Perhimpunan bersama Perdana Menteri
bersama Nadia

PTD.. aku memang tidak berfikir memegang jawatan itu. Namun ketentuan Allah tiada siapa mengatasinya. Namun semua itu telah berlalu hampir lima bulan yang lalu. Jawatan itu telah ku tinggalkan demi menjadi dan melibatkan diri sebagai MURABBI. Kenangan bekerja sebagai PTD akan ku kenang dan ku ingat selamanya. Banyak aku belajar tentang kehidupan melalui jawatan yang aku sandang. Alhamdulillah, semuanya sedikit sebanyak mematangkan aku bagaimana menghadapi kemelut dalam bersosialisasi. Pengalaman ketika di Jabatan Perdana Menteri sangat membantu aku dalam mengenali masyarakat yang sebenarnya. Aku hanya biasa dengan biah yang Islamic, namun ketika menyandang jawatan ini sedikit sebnyak membantu aku mempratikkan ilmu yang aku pelajari. Sangat mencabar. Allah telah memberi aku peluang dan ruangan yang seketika itu, akan aku hargai sampai bila2. Kini aku bakal bergelar Murabbi (insyaAllah- doakan ya).

hari melapor diri bersama kwn2


bersama rakan rapat semasa PTD.. Miss u Alin..


Muslimah PTD

Read More......

Teguran...


Kadang kala kita sememangnya tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Sebaik-baik Mukmin adalah yg bertaubat atas kesalahannya. Sehubungan dengan itu, sebagai sahabat bantuan dan bimbingan perlu diberikan bukannya kutukan dan pemulauan dilakukan terhadap sahabat yang melakukan kesalahan tersebut. Adakah kita seharusnya menganggap pandangan kita terhadap satu kesalahan itu sebagai cerminan sikap dia pada masa hadapan? Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yg telah aku lakukan. YaAllah, sesungguhnya aku hamba-Mu yg lemah, yang sentiasa mendamba rahmat dan kasih sayang-Mu. Kau tunjukilah aku ke jalan yg lurus. Jalan-jalan yang Engkau redhai.

Read More......

Update Blog


try n error...sila beri tunjuk ajar

Read More......

Read More......

Buat sahabat muslimahku...



Buat renungan bersama..Sahabat2 yang bergelar Muslimah..
Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam ikhlas penuh ukhuwwah.

Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.

Sahabatku...

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru. Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keIslaman dalam dirimu, semoga nur ILAHI akan membening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...

Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam. Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.

Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dengan pandangan yang luar biasa.

Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara. Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu.
Sahabat muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.

Ukhti yang dikasihi..

Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya
menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.
Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri. Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.

Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda tribulasi, kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat ILAHI moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.

Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kau hembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T. Kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan. Dan, roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kau terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kau dan DIA. Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kau bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izinNYA, 
Insya-ALLAH..

Akhirul kalam, ingatlah, walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan lah-rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan rohani dan tunjang kecintaan kepada ILAHI, Insya-ALLAH..

Dari Ibn Abbas lah.a dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak mengerjakannya, ALLAH akan mencatit disisinya satu hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, nescaya ALLAH akan mencatitkan di sisinya sepuluh hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, ALLAH akan mencatitkan di sisinya satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, ALLAH akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.

Read More......

MAKE UP MUSLIMAH...


 Ketahui rahsia sebenar mekap muslimah

*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salun Iman.

*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelumumur pandangan laki-laki yang membahayakan.

*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda dengan "Cincin ukhwah".

*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.

InshaAllah semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t..

Read More......

KHUSUS UNTUK WANITA

(sekadar gambar hiasan)
Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada, "Little Mosque on the Prairei" amat menarik perhatian penulis. Rancangan sitcom itu penulis tonton melalui MyTube.com. "Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Saya tidak ingat kesudahan cerita itu kerana tumpuan saya terganggu dengan tugas-tugas lain di pejabat. Tetapi pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usah untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi penulis tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan dalam tulisan ini adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said dan Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad (yang tidak punyai apa-apa portfolio dalam kerajaan) tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun why yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Penulis pernah berbual dengan seorang teman, prof madya di sebuah IPTA tentang perkembangan ini. Sambil menyatakan sokongannya terhadap Nisa' Games yang berlangsung di Kelantan, beliau mempunyai pandangannya sendiri tentang fenomena segregasi gender ini. Menurut beliau, mengapakah kerajaan negeri begitu obses dengan peraturan segregasi gender sehingga mengasingkan kaunter lelaki dan wanita di pasaraya. Mengapa tidak diwujudkan kaunter khas untuk wanita. Maksud beliau, biarlah wanita yang mahu berbaris di kaunter khas wanita berbuat demikian, manakala yang mahu terus berbaris di kaunter biasa berbuat demikian.

Menurutnya, adalah lebih praktikal untuk orang ramai khususnya wanita diberikan pilihan daripada dipaksa untuk ke barisan tertentu yang mungkin menyulitkan mereka khususnya kepada yang berkeluarga.

Beliau memberi contoh Jepun yang menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India yang menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan. Maaflah ya! Ini khusus untuk wanita..

Read More......

19 HADITH MENGENAI WANITA



السلام عليكم

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah .a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


wanita adalah makhluk Allah yang amat disayangi olehNya..
jadilah wanita solehah di dunia dan akhirat InsyaAllah...(pesenan untuk diri sendiri juga)

Wanita Solehah Impian semua Muslimah :-)

Read More......